Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2022

Batang Candlestick

 Sekarang kita nampak dua batang lilin. Satu warna hijau dan satu lagi merah. Kedua-duanya ada ekor atas dan bawah. Ada bentuk lain seperti ada ekor di atas sahaja, di bawah sahaja, tidak ada ekor langsung, ada ekor sahaja tak ada badan dan macam-macam lagi. Nanti boleh tengok masa buat analisa carta. Untuk memudahkan faham konsep tu, kita tunjuk di sini batang lilin yang sempurna kejadian.  Kenapa warna merah? Cerita begini. Warna merah itu bermaksud hari itu harga di buka pada jam 9 pagi tinggi tetapi ditutup pada jam 5 petang rendah.  Apa pula cerita pasal ekor tu?  Ya, pasal ekor di atas bermaksud harga tertinggi dicecah pada hari itu. Ekor di bawah pula bermaksud harga terendah dicecah pada hari itu.  Jadi , sila jawap. Jika tiada ekor pada batang lilin itu di atas Dan di bawah, harga tertinggi atau terendah pada hari itu di mana?  Jika boleh jawap maka faham lah konsep ini. Kenapa pula warna hijau?  Cerita ni terbaik pula ya. Bermaksud harga hari itu dibuka pada 9 pagi rendah dan

Faham Candlestick

 Candlestick. Anda  sebagai traders familiar dengan tajuk di atas. Salah satu tools untuk mengikuti pergerakan harga saham samada naik atau turun. Ada lagi tools yang lain, tapi saya lebih selesa dengan candlestick kerana untuk memahaminya adalah  lebih mudah. Dalam catatan ini, saya berkongsi sedikit sebanyak apa yang saya tahu. Jika rakan ada penambahan ilmu tentang candlestick  ini, dipersilakan Di ruang komen.  Ia semata-mata untuk anggaran sahaja. Bukan satu keputusan yang pasti terhadap naik turun harga saham.  Dengan tools yang ada kita boleh membidik tembakan hampir tepat  dari membuat keputusan membeli atau menjual membuta tuli.  Apa yang kita nampak, candlestick ini ada satu barisan yang tersusun oleh perbagai batang-batang yang berwarna hijau atau merah. Lazimnya lah. Ia tersusun mengikut jangka waktu. Ada harian, mingguan, bulanan, tahunan malah mengikut jam atau minit.  Pelbagai bentuk batang-batang dibentuk menyampaikan mesej tertentu tentang harga saham. Sebelum pergi le