Langkau ke kandungan utama

Batang Candlestick

 Sekarang kita nampak dua batang lilin. Satu warna hijau dan satu lagi merah. Kedua-duanya ada ekor atas dan bawah. Ada bentuk lain seperti ada ekor di atas sahaja, di bawah sahaja, tidak ada ekor langsung, ada ekor sahaja tak ada badan dan macam-macam lagi. Nanti boleh tengok masa buat analisa carta.

Untuk memudahkan faham konsep tu, kita tunjuk di sini batang lilin yang sempurna kejadian. 

Kenapa warna merah?

Cerita begini. Warna merah itu bermaksud hari itu harga di buka pada jam 9 pagi tinggi tetapi ditutup pada jam 5 petang rendah. 

Apa pula cerita pasal ekor tu? 

Ya, pasal ekor di atas bermaksud harga tertinggi dicecah pada hari itu. Ekor di bawah pula bermaksud harga terendah dicecah pada hari itu.  Jadi , sila jawap. Jika tiada ekor pada batang lilin itu di atas Dan di bawah, harga tertinggi atau terendah pada hari itu di mana? 

Jika boleh jawap maka faham lah konsep ini.

Kenapa pula warna hijau? 

Cerita ni terbaik pula ya. Bermaksud harga hari itu dibuka pada 9 pagi rendah dan ditutup pada 5 petang tinggi. Pasal ekor pula, konsepnya sama seperti di atas. 


Beginilah pemahaman konsep asas tentang batang lilin. Bila anda lihat barisan batang lilin bercampur warna merah dan  hijau anda sudah tahu arah pasaran. Jika hijau sahaja, anda dah boleh agak dah ke mana arah pasaran. Sama juga dengan merah. 

Lepas ni kita akan tahu maksud gabungan batang-batang lilin Dan apa petunjuknya. Memang menarik kalau sudah pandai baca. 

Nantikan...


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TopGlove

Hi guys. Time begini nak update sikit tentang movement Top Glove ni. Di bawah Rubber industri bunyi pun tidak berapa menyeronokkkan.  Tak pa, jom kita tengok pengerakan cart nya. Dua minggu sebelum harga turun laju. Volume banyak . Tapi masuk je minggu lepas dia mula naik balik. Cuma sekarang ni soalannya adakah dia strong rebound. Dalam chart tidak ada pattern yang memberi signal Bullish. Apa yg nampak masih belum ada momentum untuk terus naik mencanak. Ada pula Dragon Fly Doji kat situ. Apa tu dragon fly doji?  Nanti saya cerita.

Hammer

Hammer. Hari ni kita cerita perihal hammer la pulak. Hammer semua orang tau. Dah memang terbayang dalam kepala apa benda.  Bahasa melayu kita panggil penukul .  Dalam chart candlestick pattern pun ada Hammer. Kerjanya bukan mengetuk paku tapi sebagai pemberi signal bahawa harga saham akan naik setelah mengalami penurunan. Lawan hammer ialah hanging man sebab rupa bentuk agak- agak semacam, tapi kedudukan saja yang beza. Hammer boleh dijumpai masa harga turun, manakala hanging man dijumpai masa harga menaik.  Peranan hammer memberi signal harga akan mula nak naik setelah mengalami penurunan kadang-kadang tu sadis.  Rupa bentuk ya. Sila rujuk di gambarajah. Ekor atau shadow atas body tu pendek. Ekor atau shadow di bawah body panjang. Body pula pendek. Kadang-kadang ada body hijau dan kadang-kadang merah. Task: Sila cari hammer dalam chart candlelistik mana-mana saham. Baru boleh faham. 

TIME

It could be a starting point fro this stock. May be, it will continue to move up. The immediate target is 0.33. It shows volume today.