Langkau ke kandungan utama

Catatan

TopGlove

Hi guys. Time begini nak update sikit tentang movement Top Glove ni. Di bawah Rubber industri bunyi pun tidak berapa menyeronokkkan.  Tak pa, jom kita tengok pengerakan cart nya. Dua minggu sebelum harga turun laju. Volume banyak . Tapi masuk je minggu lepas dia mula naik balik. Cuma sekarang ni soalannya adakah dia strong rebound. Dalam chart tidak ada pattern yang memberi signal Bullish. Apa yg nampak masih belum ada momentum untuk terus naik mencanak. Ada pula Dragon Fly Doji kat situ. Apa tu dragon fly doji?  Nanti saya cerita.
Catatan terbaharu

Bullish Engulfing Pattern

 Menyelubungi. Menelan. Menguasai. Antara keyword yang ada kat pattern ni. Bullish Engulfing Pattern.  Umpama satu kuasa atau penyelamat setelah sekian lama diserang musuh. Hampir-hampir menjadi padang jarak padang tekukur. Okay, guys. Sorry bebel tadi. Pasal pattern ni ceritanya ia memberi signal harga saham tu nak naik setelah beberapa hari sebelumnya turun.  Untuk faham. Warna merah satu candle maksudnya open price hari tu tinggi dan close price rendah. Warna hijau satu candle maksudnya open price hari tu rendah dan close price hari tu tinggi. Dapat bayangkan kot sikit-sikit.  Guys, tengok gambarajah. Mudah sikit. Kelmarin hari saham turun yang ditunjukkan oleh candle merah. Tapi hari ini ini open price lebih rendah dari kelmarin sehingga ada gap dan close price lebih tinggi dari harga tertinggi kelmarin. Sampai ada gap dan warna candle hari ini tentulah hijau. Task : Cari pattern ni dalam candlestick chart mana-mana saham. Sikit-sikit nanti , boleh la faham....

Spinning Top

  Tentang spinning top pula kali ni. Kadang-kadang kita buntu. Buntu dalam membuat keputusan. Keputusan tentang apa sajalah.  Dalam candlestick chart ada keadaan yang sama seperti hal di atas. Pattern atau bentuk yang kita akan bertemu ialah spinning top namanya. Selalu dok spin kadang-kadang pening juga.  Bentuknya berbadan nipis lebih kurang sama dengan badan berikutnya. Nipis kerana opening price pada hari itu hampir- hampir nak sama dengan closing price. Ini menunjukkan susahnya untuk jangka akan naik atau turun. Bahasa Englishnya indecisive. Begitulah..... Apa tindakan kita boleh buat bila jumpa pattern begini. Bagi yang belum masuk, tunggu dulu. Dok tepi.  Bagi yang dah masuk kena fikir strategi baru. Kalau turun mungkin beli lagi untuk buat cost dollar averaging atau kena decide percen cut loss secepat mungkin atau take profit walaupun sikit. Pattern ni, kalau jumpa dan ketika itu tamak, mesti rugi. Watch out ya.. Task: Tengok candlestick chart mana- mana saha...

Marubozu

 Best sikit pasal Marubozu. Uptrend dan Downtrend direction. Macam kita berjalan ke satu destinasi adakala kita dapat agak kat depan sana tu macam menurun bukit dan kadang terpaksa mendaki. Yang menyebabkan kita bersedia melepaskan brek atau menekan brek bila kita nampak tanda-tandanya. Insyaallah perjalanan ke destinasi selamat bilamana kita alert.  Marubozu dalam candlestick pattern juga sebagai pemberi tanda direction harga saham. Nak naik atau nak turun. Bagaimana melihatnya.  Dua benda kena fokus kat sini iaitu open dan close price pada hari tu dan warna candle. Merah atau hijau.  Direction menaik. Bila closing price today sama dengan opening price yesterday. Warna candle today hijau dan warna candle yesterday merah.  Direction menurun. Bila closing price today sama dengan opening price yesterday. Warna candle today merah Dan warna candle hijau.  Senang nak faham. Tengok candle hari ni hijau nak naik lah tu. Tengok candle hari ni merah nak turun lah tu...

Hammer

Hammer. Hari ni kita cerita perihal hammer la pulak. Hammer semua orang tau. Dah memang terbayang dalam kepala apa benda.  Bahasa melayu kita panggil penukul .  Dalam chart candlestick pattern pun ada Hammer. Kerjanya bukan mengetuk paku tapi sebagai pemberi signal bahawa harga saham akan naik setelah mengalami penurunan. Lawan hammer ialah hanging man sebab rupa bentuk agak- agak semacam, tapi kedudukan saja yang beza. Hammer boleh dijumpai masa harga turun, manakala hanging man dijumpai masa harga menaik.  Peranan hammer memberi signal harga akan mula nak naik setelah mengalami penurunan kadang-kadang tu sadis.  Rupa bentuk ya. Sila rujuk di gambarajah. Ekor atau shadow atas body tu pendek. Ekor atau shadow di bawah body panjang. Body pula pendek. Kadang-kadang ada body hijau dan kadang-kadang merah. Task: Sila cari hammer dalam chart candlelistik mana-mana saham. Baru boleh faham. 

Hanging Man

Ha ha...Hanging Man . Lelaki tergantung. Kalau kita bayangkan lelaki tergantung, apa yang kita fikir. Samakan? Gitu lah. Benda tergantung mesti berada diatas dan mengalami kesukaran atau masalah untuk selamat. Dan akhirnya jatuh juga. Begitulah serba sedikit analogi tentang gabungan batang lilin dalam candlestick chart yang membentuk Hanging Man. Sila lihat gambarajah.  Hanging Man ni terbentuk bila harga saham naik dalam beberapa hari dan mula beri signal untuk turun. Masa ni lah kena jual dan ambil untung. Dengan Hanging Man ni kita boleh kawal ketamakan.  Jom tengok bentuk Hanging Man tu. Dalam gambarajah. Badannya warna merah. Pendek je, ekor atau shadow di atas pendek memberitahu harga paling tinggi pada hari itu tidak seberapa sangat kan, sebab nak jatuh. Ekor atau shadow di bawah panjang memberitahu harga terendah dia nak terjun. Kalau boleh nak junam ke dasar yang amat dalam. Tetapi, badan lilin tu pendek menunjuk harga tutup sebelah petang hari itu rendah dari harga b...

Morning Star

 Salam Guys. Seperti yang dijanji. Walau lambat sikit tapi kita mesti tunai. Sumber ilmu jangan disimpan. Kena ditebarkan barulah bercambah supaya mendapat manafaat. Rajah di atas adalah gabungan batang lilin candlestick. Ia berlaku bila ada pergerakan harga saham setiap hari. Gabungan ini diberi nama Morning Star. Bahasa melayunya ialah Bintang Pagi. Biasalah lazimnya waktu pagi ni di sinonimkan dengan segar, tumbuh, naik mencanak, kembang , bermula dan lain-lain lagi.  Biasanya gabungan ini terbentuk bila pergerakan harga yang agak lama menurun sehingga terbentuknya gabungan ini yang memberi signal turning point. Biasalah kan, turun memanjang cemuih la juga. Nak juga naik balik.  So, bila kita follow betul-betul chart yang menurun untuk mencari harga terendah untuk beli, tiba2  terjumpa Morning Star, maka di sinilah nanti kita akan membuat keputusan yang terbaik.   Task, Cuba buka candlestick mana-mana saham Dan cari morning Star. Anda akan faham....betul...