Hammer. Hari ni kita cerita perihal hammer la pulak. Hammer semua orang tau. Dah memang terbayang dalam kepala apa benda. Bahasa melayu kita panggil penukul .
Dalam chart candlestick pattern pun ada Hammer. Kerjanya bukan mengetuk paku tapi sebagai pemberi signal bahawa harga saham akan naik setelah mengalami penurunan. Lawan hammer ialah hanging man sebab rupa bentuk agak- agak semacam, tapi kedudukan saja yang beza. Hammer boleh dijumpai masa harga turun, manakala hanging man dijumpai masa harga menaik.
Peranan hammer memberi signal harga akan mula nak naik setelah mengalami penurunan kadang-kadang tu sadis.
Rupa bentuk ya. Sila rujuk di gambarajah. Ekor atau shadow atas body tu pendek. Ekor atau shadow di bawah body panjang. Body pula pendek. Kadang-kadang ada body hijau dan kadang-kadang merah.
Task: Sila cari hammer dalam chart candlelistik mana-mana saham. Baru boleh faham.
Ulasan